SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PSS SK BERTAM INDAH KEPALA BATAS PULAU PINANG

Sunday, January 30, 2011

Sejarah Pusat Sumber SK Bertam Indah

Sekolah Kebangsaan Bertam Indah beroperasi mulai 17 Febuari 2003. Dibina di atas tapak seluas 5.54 ekar dan keluasan padang 2.50 ekar. Dengan jumlah staf seramai 19 orang, segalanya cuba dilakukan sesempurna mungkin. Pn. Rosnah binti Ariffin dilantik sebagai penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Penyelaras NILAM. Oleh sebab penggunaan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bertam Indah agak terhad pada waktu itu, Pn. Rosnah sering menggalakkan murid menjadi ahli Perpustakaan Negeri di Seberang Jaya.

Apabila Sekolah Kebangsaan Bertam Indah telah beroperasi sepenuhnya Pn. Rosnah menguruskan Pusat Sumber Sekolah dengan mengambil beberapa murid menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah, menceriakan dan menyusun perabot yang telah disediakan. Pada bulan Ogos 2003, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bertam Indah telah menerima bekalan buku-buku.

Pada tahun 2004 Pn. Rosnah dan dibantu oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah memproses buku-buku tersebut serta buku-buku lain yang dipesan dari semasa ke semasa. Guru-guru kanan membantu memproses BBM yang berupa CD terutamanya bagi Matapelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh sebab kekurangan kemudahan komputer, guru-guru telah membantu memproses bahan-bahan (buku dan bukan buku) secara manual.

Seterusnya tugas Penyelaras Pusat Sumber Sekolah disandang pula oleh Pn Rosni bt. Ismail setelah Pn. Rosnah bt. Ariffin bertukar ke sekolah lain. Pada tahu tersebut juga, perisian e-khutubkhanah telah diperkenalkan dan digunakan oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bertam Indah bagi memproses buku dan bahan bukan buku. Koleksi bahan bukan buku juga semakin bertambah dan semuanya diproses secara automasi serta mempunyai kod bar yang tersendiri.

Tahun 2006 jawatan Guru Perpustakaan dan Media(GPM) diperkenalkan. Pn. Rosni bt. Ismail telah dilantik menjadi GPM dan bertanggungjawab menguruskan semua hal berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah serta NILAM.

Pada tahun 2008, iaitu mulai 1 Jun, Pn. Zurida bt Zulkifli pula telah dilantik sebagai GPM yang baru bagi menggantikan tempat Pn. Rosni yang telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke sekolah lain.

No comments:

Post a Comment