SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PSS SK BERTAM INDAH KEPALA BATAS PULAU PINANG

Wednesday, November 4, 2009

Kenali Pusat Sumber

APA ITU PUSAT SUMBER
Pusat Sumber Sekolah bukan sekadar tempat bahkan ia juga adalah perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan.

KONSEP PUSAT SUMBER
Suatu Tempat yang memberikan suatu suasana pembelajaran kendiri yang selesa.
Perkhidmatan yang ditawarkan memboleh pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.
Koleksi Bahan yang disediakan adalah lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.
Agen Perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan dibidang pembelajaran.


OBJEKTIF PUSAT SUMBER
> Kecemerlangan pendidikan
> Penggunaan kemudahan
> Pemupukan tabiat membaca
> Penghasilan bahan
> Perkhidmatan pembelajaran
> Kemahiran maklumat

CIRI-CIRI PUSAT SUMBER BERKESAN
> Warga sekolah tahu dan kenal Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
> Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan Pusat Sumber Sekolah
> Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
> Lokasi Pusat Sumber Sekolah adalah strategik dan ditengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
> Warga sekolah suka dan senang berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah
> Warga sekolah faham peranan Pusat Sumber Sekolah sebagai khidmat bantu kurikulum
> Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.

PUSAT SUMBER YANG BERKESAN
Rajah 1

No comments:

Post a Comment