SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PSS SK BERTAM INDAH KEPALA BATAS PULAU PINANG

Sunday, January 30, 2011

Apa itu NILAM

logo-nilam

LATAR BELAKANG

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

Program NILAM

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Matlamat

Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;

  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

Objektif

Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:

a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.

b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM

a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.

b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.

c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.

Pelaksanaan

Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;

Tahap Jauhari

  • Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
  • Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
  • Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Tahap Rakan Pembaca

  • Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
  • Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
  • Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
  • Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
  • Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah seperti berikut;

  • Bercerita
  • Membaca bersama
  • Bicara Buku
  • Meminjam buku
  • Memberi pinjaman buku
  • Ulasan Buku
  • Ulat Buku
  • Kamus Bergerak
  • Forum
  • Ceramah Buku
  • Ceramah
  • Jejak Buku
  • Khemah Membaca
  • Kuiz Pengetahuan
  • Radio Sekolah
  • Pameran Buku
  • Buku Skrap
  • SEMAI
  • Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)

Pengiktirafan

Berhubung pengiktirafan Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center. Murid-murid yang layak akan mendapat:

  • “Stand Medal”
  • Buku Kerja.
  • Sijil Anugerah NILAM
  • Kad Ahli Ekslusif NILAM
  • Kad Kumulatif
  • Sijil Akuan Sekolah
  • Sijil Berhenti Sekolah

Pengiktirafan Tahap Jauhari

Jumlah Bacaan Pengiktirafan

72-143 buah Gangsa

144-215 buah Perak

216- 287 buah Emas

288 ke atas NILAM

Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca

Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.

Markah Pengiktirafan

100-199 Gangsa

200-299 Perak

300-399 Emas

400 ke atas NILAM


6 comments:

  1. Assalamualaikum , minta copy ayat untuk pembelajaran. terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Saya nak minta izin untuk copy maklumat ini untuk projek saya..boleh?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...Saya nak minta izin untuk copy maklumat ini untuk projek saya..boleh?

    ReplyDelete